Apalah yang ada pada putaran hidup ini?
Orang keliling datang dan pergi,
Mereka seperti kita; berputar-putar,
Bila roda terhenti, mereka berlegar-legar.
Dengan harapan penuh kegusaran,
Agar bila perjalanan hendak diteruskan,
Putarlah mereka segera ke atas,
Hempas dan pulas enggan terkandas.

 

Apalah yang ada pada putaran hidup ini?
Mereka seperti kita juga,
Mereka mencari di dalam lemasan arak yang hamis,
Mereka katakan itulah gaya hidup hedonis.
Mereka mencari di dalam bingitnya bunyi musik,
Dan seronok sorak  barisan perempit.
Mereka mencari di dalam fakta saintifik terkini,
Bahawa kunci tamadun adalah teori evolusi.
Mereka mencari di dalam kaya mereka jutaan ringgit,
Biar yang lain miskin terhimpit, daif tersepit.

 

Apalah yang ada pada putaran hidup ini?
Hendak ke atas, agar dikurnia rasa bahagia,
Bila dah tiba, rasanya hambar tiada makna.
Sedangkan roda terus berputar,
menjunam kita pulang ke dasar.

 

Apalah yang ada pada putaran hidup ini?
Mampukah bahagia tanpa tujuan?
Mampukah gembira tidak kenal Tuhan?
Ketawa mu hanya sekejap, kepura-puraan.
Sedarkah kamu ertinya diciptakan?

 

Apalah yang ada pada putaran hidup ini?
Di sini, sunguh aku telah belajar,
Biarlah saja roda berputar,
Biar ku di atas mahupun di dasar,
Bahagia bukan di tempat aku berlegar,
Bahagia itu berada di jalan dakwah,
Dalam tarbiyyah dan manisnya ukhuwah.
Dalam peningkatan iman, kekuatan sahsiah.
Wahai sahabat-sahabat perjuangan Newcastle,
Though I am nowhere near in the physical,
Know that we remain connected in the emotional.
I shall cherish all the memories we’ve had forever,
Some are sweet, some are bitter,
Some have faded to flashes of blurred colour,
But I shall wait for when we will reminisce on this together,
If not in my lifetime, I’ll pray, in the hereafter,
Insya Allah, I won’t forget you, not ever!

 

Hugs and kisses,

-Afiza Azmee-

12/11/2010

6.40 a.m

Newcastle, Australia.