MEMBELA SASTERA HIKAYAT

TAJUK KAJIAN:

SEJAUH MANAKAH MUNASABAHNYA KRITIKAN MASYARAKAT TERHADAP UNSUR DONGENG SASTERA HIKAYAT?

ABSTRAT

Jika pada zaman kanak-kanak kita disogok dengan pelbagai kisah dongeng yang merangsang imaginasi, apabila kita meningkat dewasa kita dipaksa oleh keadaan untuk berhadapan dengan realiti kehidupan. Sedikit-sebanyak kita mula melupakan elemen dongeng yang pernah mewarnai kamus kehidupan kita. Malah kita mula berasa sinis dengan pembawaan dongeng kerana kini kita mengetahui bahawa semua itu hanya khayalan semata-mata. Dan kita juga belajar melupakan bahawa banyak nilai-nilai yang kita pegang sehingga kini sebenarnya kita pelajari daripada cerita-cerita dongeng yang diperdengarkan oleh orang tua di peluput telinga kita suatu masa dahulu.

Dalam kajian ini saya akan memfokuskan kepada unsur dongeng yang terdapat di dalam Hikayat Inderaputera dari segi latar, watak perwatakan dan plot. Saya akan menunjukkan bahawa unsur dongeng begitu dominan di dalam sastera klasik ini. Seterusnya, saya juga akan membawakan pendapat serta kritikan-kritikan yang dihamburkan terhadap Sastera Hikayat secara amnya dan Hikayat Inderaputra, khususnya. Antara kritikan yang sering dilemparkan adalah sastera jenis ini membuang masa dan tiada faedah untuk dibaca. Ada juga yang menyatakan bahawa sastera ini tidak mengandungi sebarang nilai ilmiah atau mesej yang boleh dipelajari. Nampaknya, masyarakat sudah lupa bahawa nilai-nilai seperti berbuat baik dibalas baik, kebenaran sentiasa mengatasi kebatilan, saling bekerjasama dan membantu; semuanya itu dipelajari pada peringkat awal kehidupan kita melalui cerita-cerita dongeng jua. Oleh itu, kajian ini akan turut menuntut keadilan buat sastera hikayat

Kajian ini akan diakhiri dengan sedikit rumusan dan cadangan untuk meningkatkan taraf sastera hikayat di kalangan masyarakat moden sekarang. Diharap agar sastera hikayat tidak lagi dipandang enteng pada pandangan masyarakat.

JUSTIFIKASI

Sastera Hikayat semakin lama semakin jauh dilupakan oleh masyarakat moden sekarang. Di atas sentimen itulah maka kajian terhadap sastera klasik ini dihasilkan iaitu untuk mengajak masyarakat kembali menghargai keunikan dan nilai seni atau estetik yang terjalin erat dalam sesebuah sastera hikayat.

Sejajar dengan peredaran masa, bidang sastera turut melebarkan sayapnya dalam persaingan untuk mendapat tempat dalam hati masyarakat. Kelahiran sastera moden yang dianggap sememangnya jauh lebih bermutu menyebabkan sastera hikayat semakin tidak diendahkan. Malah, masyarakat mula membanding-bandingkan di antara sastera moden dan sastera hikayat. Hasil perbandingan tersebut mendapati bahawa sastera hikayat sangat inferior dalam semua segi daripada gaya bahasa, teknik penceritaan sehinggalah nilai ilmiah. Kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk mengingatkan semula bahawa tanpa ada yang lama, pasti tiada yang baru. Tanpa adanya yang klasik, mana mungkin perkataan ‘moden’ membawa apa-apa maksud. Tanpa ada kelemahan pastinya tiada pembaharuan. Oleh itu, hendaklah diinsafi bahawa apa yang ada kini adalah hasil evolusi daripada apa yang wujud suatu ketika dahulu. Daripada bersikap negatif dengan menghina sastera hikayat, kita sepatutnya menghargai betapa bidang sastera telah banyak berkembang.

Seterusnya, matlamat kajian ini adalah untuk membela kritikan dan cemuhan yang dilemparkan oleh segelintir golongan terhadap sastera klasik yang dipenuhi dengan pelbagai unsur dongeng dan magis yang tidak logik dan tidak munasabah. Di sinilah timbulnya konflik yang begitu sinonim dan tidak asing lagi dalam membicarakan mengenai sastera jenis hikayat (roman). Unsur dongeng yang begitu sarat pada setiap bab dan baris ayat dikatakan agak keterlaluan, mencabar kesabaran golongan intelektual dan hampir tiada faedah langsung. Sastera jenis ini berada di dalam kawasan kelabu – antara kekuatan daya tarikan unsur dongeng dengan hubungkait terhadap realiti. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa terdapat satu macam dilema di sini di mana golongan yang mungkin berasa terpanggil untuk membaca dan meminati sastera hikayat merasakan ia terlalu tidak realistik dan menghina keintelektualan mereka.

Oleh kerana itulah membaca sastera hikayat dianggap membuang masa kerana tiada suatu faedah pun yang dapat diambil. Namun begitu, jika golongan ini dapat melupakan buat sementara waktu akan keresahan mereka terhadap ketidakrealistikan sastera hikayat dan cuba menghargai daya imaginasi yang terlibat dalam penghasilan sastera ini, mungkin itu adalah pendekatan yang lebih baik. Satu lagi dilema di sini ialah, di manakah daya imaginasi berakhir dan ketahyulan terlampau (yang sudah tentunya tidak perlu dihargai) bermula?

Namun harus diingat baahwa dalam kita asyik mengkritik banyak faktor yang tidak diambil kira seperti faktor zaman, pengaruh adat dan kepercayaan serta minat masyarakat sendiri pada masa itu. Diharap dengan lahirnya kajian ini, masyarakat akan lebih bersikap adil dan sensitif dalam menyuarakan pandangan mereka terhadap sastera hikayat.

3 Comments (+add yours?)

  1. Muhammad Fairuz Zakaria
    Feb 21, 2013 @ 03:58:36

    salam. saya student kmb yg akn buat EE Malay A1. mengkaji mgenai kesusasteraan hikayat dan juga memilih hikayat Inderaputera sebagai hikayat yg saya kaji. sya menghadapi bberapa msalah dlm melakukan kajian trhadap karya ini. jika anda tidak keberatan, boleh sekiranya mmbantu sya dlm proses kajian ini? bolehkah sya berhubung dgn anda.? maaf menganggu dlm kesibukan anda.😀

    Reply

  2. siti
    Dec 11, 2014 @ 04:50:05

    Saya mohon untuk menggunakan bahan ini untuk buat xsiment… terima kasih

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: