1. Mengenali Sastera Hikayat

MENGENALI  SASTERA  HIKAYAT

Hikayat Inderaputra merupakan sebuah karya sastera yang penyalinannya di Tanah Melayu dihasilkan lebih kurang pada tahun 1899[1]. Ia merupakan sebuah karya klasik roman pada zaman peralihan Hindu-Islam. Kemudian karya ini telah disadur dan diolah semula oleh pengarang-pengarang Melayu Klasik.[2]

Hikayat Inderaputera ini pada asalnya mempunyai pengaruh hindu yang amat sarat sekali. Hikayat Inderaputera dikatakan menyerupai Hikayat Seri Rama dari segi warna kehinduannya.[3] Namun, mungkin disebabkan kritkan dan kecaman yang dilemparkan terhadap karya ini, maka sedikit pengubahsuaian telah dilakukan untuk menyesuaikan dengan perkembangan agama Islam. Penyebutan seperti Mahareshi dan Brahmana ditukar kepada ALLAH S.W.T.[4]

Terdapat kemungkinan bahawa Hikayat Inderaputera ini telah dibawa masuk ke Acheh dari Pulau Jawa, namun kemungkinan ini telah ditolak oleh Roolvink dengan alasan bahawa Achehlah yang melahirkan hikayat ini dalam bentuk tulisan, atau sekurang-kurangnya hikayat ini telah disalin di Acheh, semasa Acheh menjadi pusat perkembangan kesusasteraan Melayu pada abad ke-17, dan bukan tempat-tempat lain.[5] Salah sebuah salinan hikayat ini telah dikesan bertarikh selewat-lewatnya tahun 1696, tetapi tarikh ini ialah tarikh salinan ini dibuat, mungkin bukan pertama kalinya.[6]

Sebagai mana lazimnya sebuah karya roman, ia memaparkan pengembaraan Inderaputra untuk melihat kebesaran Tuhan setelah terpisah dengan kedua ibu bapanya. Melalui pengembaraan inilah Inderaputra mematangkan dirinya dan memperolehi pelbagai azimat yang ajaib untuk membantunya dalam  pengembaraannya yang panjang. (Rujuk Lampiran II untuk sinopsis terperinci.)


[1] Siti Hawa Haji Salleh, 2002. Kesusasteraan Melayu Abad Kesembilan Belas. Kuala Lumpur,DBP, hlm. 430.

[2] Ariffin Nur, 1975, Sastera Melayu Klasik, Terbitan Pustaka Aman, Kelantan, hlmn 117.

[3] Siti Hawa Haji Salleh, 2002, Kesusasteraan Melayu Abad Kesembilan Belas, Kuala Lumpur,DBP, hlmn 275

[4] Annas Haji Ahmad, 1975, Sastera Melayu Lama dan Baru, terbitan Sinaran Bros Bhd, P. Pinang

[5] R. Roolvink, 1975. Bahasa Jawi : de taal van Sumatra. Leiden Universiteit Pres, hlm 9-13

[6] Siti Hawa Haji Salleh, 2002. Kesusasteraan Melayu Abad Kesembilan Belas. Kuala Lumpur, DBP, hlm 276

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: