6. Rumusan dan Kesimpulan

RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Setelah kita meneliti unsur-unsur dongeng yang terdapat di dalam sastera hikayat kita dapatlah menyimpulkan bahawa sastera hikayat dan unsur dongeng tidak dapat dipisahkan.Unsur dongeng sebenarnya merupakan sesuatu yang unik dan tersendiri yang sepatutnya dihargai dan bukan dikritik. Sebenarnya dalam apa sahaja perkara di dunia ini, terselit kebaikan dan keburukan. Terserah kepada kita untuk melakukan yang terbaik daripada apa yang sedia ada. Kita tahu kita tidak boleh membuang unsur dongeng kerana ia adalah karekter atau sifat sastera hikayat. Oleh itu, bukankah lebih baik jika kita menerima kewujudannya sebagai sesuatu yang positif daripada kita mengkritik sesuatu yang kita tidak boleh mengubahnya?

Kajian ini ingin mencadangkan agar pendedahan mengenai sastera-sastera hikayat diberikan kepada masyarakat. Pendedahan ini hendaklah dituju kepada setiap peringkat umur di dalam masyarakat samada kanak-kanak, remaja atau orang dewasa. Bagi kanak-kanak, kita bolehlah menghasilkan sastera-sastera hikayat yang telah diringkaskan jalan ceritanya. Saya yakin kanak-kanak akan meminati cerita-cerita begini dan minat mereka itu sendiri yang akan mendorong mereka untuk membaca sastera hikayat versi original pula. Pendekatan ini giat digunakan di Barat untuk memperkenalkan sastera-sastera mereka kepada kanak-kanak. Contohnya, buku-buku Shakespeare, Charles Dickens, Jane Austen, Charlotte dan Emily Bronte banyak dihasilkan dalam versi ringkas.

Buat pelajar sekolah menengah pula, kajian sastera hikayat hendaklah diwajibkan tanpa mengira aliran sastera atau sains. Keindahan sastera hikayat harus didedahkan kepada setiap golongan masyarakat kerana ia adalah warisan nenek moyang kita; bukan kerana ia mempunyai kaitan dengan kerjaya kita kelak.

Dengan bertambahnya minat masyarakat terhadap sastera hikayat, suatu hari nanti tidak mustahil kita akan menghasilkan buku-buku dan filem yang setaraf dengan filem berunsur dongeng dari luar negara, Insya Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: